Friday, July 29, 2011

Mungkinkah ini ramadhan terakhir; Gotong-royong membersihkan kubur

"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)
Hari ni jumaat 29july2011 bersamaan 27 syaaban1432H, seronok hari ni bila keluarga bkumpul bersihkan kubur, kita pegi 2 tempat, tanah pkuburan islam bukit payong n tanah perkuburan islam sena rendang. Hari ni ramai org datang bw keluarga n ada tmpt yg memang anjurkan program membersihkan kaw pkuburan hr ni..meriah lak..dalam meriah tu biarla ia ada benefit yg blh diambil utk di bawa balik sebelum ramadhan menjelma.
Benefit dari aktiviti camni bagi saya terutama untuk anak muda sekarang sangat banyak,1st, banyak mnginsafkan diri tentang kematian, bila bersihkan kubur ahli keluarga tu mesti akan terfikir,,bila giliran kita lak,mungkin hanya beberapa saat saja lagi, bila sedar ttg semua ni ia akan jadi benteng pada diri kita menghalang dari melakukan perkara sia2,membazirkan waktu dan usia untuk perkara yang tak sepatutnya. Ye la..hakikat manusia sering tlupa n melakukan kesilapan,tp kesilapan tanpa pengajaran akan menjadi susah, mesti berulang je buat silap n ssh berubah. jadi sempena ramadhan yg bakal tiba mgkin 2hr saja lagi mberi pngjaran&keinsafan yg byk utk diri saya berubah kearah lebih baik n utk semua umat islam seluruhnya..insyaAllah.
"Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu (Muhammad) untuk hidup selama-lamanya" (21:34).
"Dia yang menghidupkan, dan mematikan; apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, 'Jadilah', dan jadilah ia." (40:68)
"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman." (3:102)


 tanah perkuburan islam sena rendang
tanah perkuburan islam bukit payong

No comments:

Post a Comment