Tuesday, July 5, 2011

HikMaH DoA

Salam sya’aban 1432H utk semua umat islam diseluruh dunia, tidak lama lg kita akn menyambut ramadhan bln penuh kerahmatan. Pejam celik,pejam celik habis sehari..semingu..bulan dan tahun,sekejap je rasa hidup ni,kalau ikutkan jumlah waktu kt dunia ni sekejap je bbanding akhirat, 1hari diakhirat = 1000 thun didunia..wah~ adakah amal ini sudah cukup menemuiNya..
Banyak lak bebelan..he..dah lama tak mbebel..almaklumla sejak blog sudah deactivatekan bbrpa lama dlu,lgsung dah tak berminat dgn bebelan pjg,just baca blog org lain je,kononnya nak focus belajar..haa..bolehkah dipercayai??ermm..
Sambung cerita..
Saya ada 1mgu lagi practical yg belum disempurnakan,memandangkan tarikh asal yang dah pilih dgn kwn2 tak dapat,terpaksa la ikut tarikh lain sensorang,tsilap pilih sbnarnya,tak arrange betul2..tersilap tapi penuh dengan hikmah dr Allah. Ye la kan,Allah lebih mengetahui segala sesuatu sedangkan kita hanya merancang,sedangkan Allah juga merancang untuk kita malah Dia juga sebaik2 pelaksana.
Dalam kepala duk fikir je, kali ni memang betulla kena drive sorang dari trgnu ke serdang, mne ada org yg leh teman time2 cuti ni,bukan tak pernah drive srg, memang dah byk kali drive sorang dr upm-trg-upm, tp yg sebelum ni ada kawan kat sebelah tumpang separuh jalan ato smpai trg,tak pun follow kereta cousin dari belakang, tertinggal jauh kat belakang pun tak pe, tetap rasa selamat sebab if ada pape blku tgh jalan boleh lagi datang tolong.
Perjalanan yg ambil masa 7-8 jam,tambah lagi sllu lalu ikut laluan jabor,kalau tak “legend” jangan potong lori balak,haaa..mak sllu risau,katanya anak perempuan drive srg jauh2,kalau ada pape tgh jalan sape nak tolong,.tapi sllu jawab slumber je kt mak “tak pe la,nti akan dtg nurul dah kerja,kalau ditakdirkan kerja jauh,memang kena sendiri gak,belum tentu anak mak ni akan kahwin,nak harap berteman je mane boleh..hehe” ..mak diam je,tp tak tahu la dalam hati dan kepala dia..huuu..
Tp kadang2 terfikir gak,klu kereta rosak tetiba kt tmpat tak de orang camne ye time2 cuti ni,garu2 kepala..tp ingat satu je,”Allah adalah sebaik2 teman”, lalu tersenyum lagi untuk teruskan perjuangan ini J
Oleh sebab terfikir kata2 mak yg sedikit menyentuh hati..Satu malam tu hati dengan sayunya menadah selepas solat dihadapan Allah “Ya Allah,andai perjalanan kali ini perlukan teman hadirkanlah,andai tidak Kau kuatkan aku,permudahkan perjalananku” lbh kurang camni la,hik2..
Malam tu tido lewat,aliya bangun nak susu,dah pukul 1lebih kalau tak silap..tetiba mak bsuara..”camne kalau mak n aliya yang temankan nurul nti blk upm,lepas tu nanti balik sma2 la” ..”maksudnya mak duk 1mgu kat serdang?” ….”ye la,,ke Tanya kawan tu ada rumah sewa yg mak boleh tumpang tak dekat sana?”..dalam hati “yahoooo,biar betik??bertambah2 betik dalam kepala menghempap,dushhh2..adakah angin monsoon telah datang,sllu bila ajak mak gi serdang,macam2 alasan,taknak la bjalan jauh,duk lama2 kat sana..mak ni dah tua,penat.., ni ah jawapan dia setiap kali cuti sem bila ajak ikut sekali, tapi kali ni..wah! ,,ermm..Allah bukakan hati mak untuk teman nurul ye..
Dalam hati,Betapa syukurnya hambaMu ini Ya Allah, Engkau hadirkan teman pjalanan utkku org yg plg aku sayangi ddunia ni..terharu..moga perjalanan kami dalam perlindunganNya. insyaAllah.
Utk ummi~ jgn jeles..dlu maksu pnah cakap nk bw aliya blk upm kan..hoooohoo..jadi betul deh..akan dibuli dan digentel2 ank ummi ni spt keropok gentel..hik2~
<<<“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.
<<<Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir: 60)
Sekian….”moga pjalanan hidup ni stiasa dalam plindungan dan dilimpahkan rahmatNya..insyaAllah”

No comments:

Post a Comment