Sunday, July 31, 2011

Derita yang telah berakhir kerana ia tidak akan berpanjangan

Dari Abdullah bin `Amir bin Al-'Aas r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda: Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.
Hari ini hari ahad,29 syaaban 1432H,last day sblum bpuasa, hari ni pecut sikit drive, tlmbat nk g jpv,dalam drive tu kan,kat tepi jalan n tgh jalan Nampak byk kucing mati accident hari ni, selang bbrp ratus meter, ade tergolek sekor, tp tetiba mata ni berair………pedih…tak dapat tahan……mengalir……kena aircond??? Ye ke??
Bukan…..
Tapi sy sedih sgt tak sedar air mata ni mengalir..betapa penyayangNya Allah pada semua makhluknya..kenapa? sebab banyak betul DIA ambil nyawa kucing terbiar hari ni,hari terakhir sebelum umat islam menyambut ramadhan, kalau kucing2 ni masih hidup di bulan ramadhan mesti menderita sbb tak de org nk bg makan,restoran tutup siang,rumah2 org sekitar pun tak berasap dapur siang hari, berasap pun petang sekejap pas2 masing sibuk berterawih..jadi Allah biarkan kucing ni semua menikmati hidup didunia sehingga hari terakhir sebelum rezeki untuk mereka menjadi sempit keesokannya,jadi hilang lah derita mereka…….kisah kucing terbiar yang merempat tapi dikasihi Allah yang berkuasa atas segala sesuatu walau sebezar zarah..
Jadi pe yg sy dpt hari ni,sy kagum n rasa nk sujud tunduk..bahawa Allah itu MAHA CEPAT, MAHA PENYAYANG, tidak pernah sesekali Dia membiarkan hamba2NYA selama2 dalam kesulitan,pertolongan pasti akan tiba tepat pada waktunya dan apa yg ditakdirkan utk seseorg itu adalah apa yg sepatutnya mereka terima dalam hidup ni..
Peristiwa hari ni member iktibar yg banyan untuk diri saya hari ni……..

Friday, July 29, 2011

Mungkinkah ini ramadhan terakhir; Gotong-royong membersihkan kubur

"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)
Hari ni jumaat 29july2011 bersamaan 27 syaaban1432H, seronok hari ni bila keluarga bkumpul bersihkan kubur, kita pegi 2 tempat, tanah pkuburan islam bukit payong n tanah perkuburan islam sena rendang. Hari ni ramai org datang bw keluarga n ada tmpt yg memang anjurkan program membersihkan kaw pkuburan hr ni..meriah lak..dalam meriah tu biarla ia ada benefit yg blh diambil utk di bawa balik sebelum ramadhan menjelma.
Benefit dari aktiviti camni bagi saya terutama untuk anak muda sekarang sangat banyak,1st, banyak mnginsafkan diri tentang kematian, bila bersihkan kubur ahli keluarga tu mesti akan terfikir,,bila giliran kita lak,mungkin hanya beberapa saat saja lagi, bila sedar ttg semua ni ia akan jadi benteng pada diri kita menghalang dari melakukan perkara sia2,membazirkan waktu dan usia untuk perkara yang tak sepatutnya. Ye la..hakikat manusia sering tlupa n melakukan kesilapan,tp kesilapan tanpa pengajaran akan menjadi susah, mesti berulang je buat silap n ssh berubah. jadi sempena ramadhan yg bakal tiba mgkin 2hr saja lagi mberi pngjaran&keinsafan yg byk utk diri saya berubah kearah lebih baik n utk semua umat islam seluruhnya..insyaAllah.
"Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu (Muhammad) untuk hidup selama-lamanya" (21:34).
"Dia yang menghidupkan, dan mematikan; apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, 'Jadilah', dan jadilah ia." (40:68)
"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman." (3:102)


 tanah perkuburan islam sena rendang
tanah perkuburan islam bukit payong

Wednesday, July 6, 2011

Anak susah makan? (>1tahun)~tips by: maksu aliya

Start 6bulan baby dah boleh start makan makanan yg lembut dan dikisar spt nestum+nasi lembik, makin meningkat umur dia makin kuat makan kan,tapi bagaimana kalau makin meningkat umur mengalami masalah makan? Tak nak makan? Biasanya bagi kanak-kanak, bila umur dah capai 1tahun ke atas, waktu ni mereka makin aktif, bermain, kenal perkara baru dan suka belajar, ada sesetengah tu lenguh mak ayah nak kejar kalau dah dapat berjalan, jadi time ni la pemakanan amat penting, kena jaga betul-betul sebab mereka tengah seronok, otak tengah berkembang. Bagi mereka makanan dah tak jadi keutamaan dan ada yang memang susah nak makan. Sikit-sikit nak main je.
So, kat sini maksu nak kongsi sikit if ada orang yang alami masalah sama.
Anak sedara maksu, umur dah 1thun lebih dah, dulu time baru boleh makan sekejap je nestum habeh 1tin, sekarang bila dah 1tahun makin kurang dan kurang, merosot betul sampai kurus.  Tak nafikan ada yang ikut genetic parents kurus aje, tapi kalu umur 1tahun tu dah melidi aje, itu namanya bermasalah, tak cukup makan..haa..tapi pepun rujuk la pakar jika berterusan,mungkin ada masalah penghadaman, penyakit berkaitan, mungkin jg masalah cacing, ini hanya sekadar berkongsi pe yang maksu buat utk anak sedara maksu sorang ni, permata hati yg kiut miut mcm biskut.
Pertama; jangan bagi makanan yang sama aje, pelbagaikan menu.  kalau nasi lembik tu, duk ulang yang tu la pagi petang, dah budak ni ada masalah, bagi lagi yg sama, makin tak makan la dia.  Kena la tukar menu tu, kena kreatif, kenal pasti makanan apa yang dia suka. Contoh, dia suka makan biskut, bagi la biskut, jangan force dengan makanan yang dia tak nak makan, nanti tak pasal2 develop fobia kena force feed makanan yang tak sedap pastu langsung taknak. Umur camni sebenarnya mereka tengah “survey” rasa makanan tu camne. Kalau dia makan sikit aje makanan yang kita bagi, ok lah tu, nanti bagi makanan lain pulak. Sikit2 tapi pelbagai, nanti banyak lah jumlah yang dimakannya. Kalau buah tu kan, mentang2 anak suka watermelon, yang tu la di ulang nya setiap hari, boleh je bagi tiap hari, jgn la sbg menu utama, tercirit nanti, selang la jugak dengan buah2 lain, hari ni bagi watermelon, esok bagi mangga lak. Dalam seminggu tu rotate dalam 3-4 jenis buah.  Maksu bagi makan buah 2x shri, tghri n malam.  Pastu kan kalau dia suka roti, contoh gardenia yang keping tu, maksu ubah sikit, letak choki2 n balut, tak pun cicah air n suap.   Biskut kering memang feberet dia, kira ganti nasi la tiap2 hari, nak suruh dia makan byk skit,maksu makan sekali ngan dia, bancuh air segelas, biskut cicah air n bagi dia makan, pagi air teh 0, malam teh susu, esoknye sirap, esok lagi milo, setakat ni Alhamdulillah, banyak lak dia makan, 4-8 keping sekali makan,(pecah rekod Malaysia) lawan sape makan banyak,hehe.
Kedua: SABAR. maksu nak ulang yang ni je banyak kali, sabar..sabar..sabar..mula2 cuti dulu balik rumah tkejut gak tengok aliya ni, susah nya nak makan, kurus betul dari sebelum ni, maklumla..beberapa bulan baru maksu balik rumah, harapkan cuti sem. Ummi abi aliya susah nk jmp, kadang2 2hri baru blk, nak bt camne dah tugas HO camtu.  Ni maksu cuti panjang sikit bolehla melayan dia.  Aliya ni jenis makan main2, kadang2 org suap dia makan tapi kuarkan balik, pastu dia gelak, sabar je la, pepun jangan ngamuk,pujuk semula budak tu,maksu cakap “sampai hati aliya tak makan ye,susah2 maksu buat” sambil kutip makanan tu n buat muka sedih, pastu gi ambil makanan lain lak bagi kat dia. Makan le sikit. Tapi tak ape la dari tak makan langsung, nanti jatuh sakit sape susah.  Pastu kalau tengok dia dah minat dengan makanan tu,tapi makan slow2 je sebab duk layan mainan, janganla kita stop bagi makan coz malas nak nunggu n ada kja lain, tunggu la, suap sikit2, kadang kebas kaki, 1jam duk suap makanan kat dia.  Dengan budak2 ni kalau kita tak sabar jadi la kes2 penderaan tak pun bayi rentung dalam microwave cam yg blaku baru2 ni, tu lah kan..maksu ingat camni je, dulu masa kecik mungkin maksu camni gak, buat mak geram sllu,sbb time tu tak reti lagi. jadi tak payah la nak marah2 budak tu. Coz mak jaga kita sampai dewasa sihat walafiat je, tak ada cedera kena dera pun, so, sekarang giliran kita lak,camtu la kita buat kat anak2, seperti makayah lakukan,bersabar besarkan dengan sempurna. Tak nafikan penat, kadang tu hangin. Tapi mak sllu pesan jangan lepas marah kat budak2, nanti besar dia tak takut orang, jadi degil.  Tapi jangan manjakan sangat, samala jugak nanti jadi degil, marah bertempat la, (marah supya jangan dekati barang bbhaya, buat tabiat buruk spt gigit meja) tapi jangan tiap2 hari n berpanjangan.  Kalau dah everyday hangin je tu bukan masalah budak dah tu, salah mak budak la tu haa..
Ketiga: KURANGKAN STRESS. Mungkin juga kanak2 ni ada masalah makan sebab tekanan, rimas ke, petang2 tu bawa le diaorang jenjalan, nak gi shoping beli brg dapur bawa le, tapi dalam kereta tu bawa la makanan sebagai bekal, sambil tgk pemandangan dlm kereta tu bagi dia pegang makanan, insyaAllah makan le nanti, pastu kerap sikit mandi, kalau sebelum ni 2x shri, kita tukar jadi 3xshari, sebab bila dah mandi, perut jadi lapar, pas2 pe lagi siap pakai baju bagi la makan. Kerap tukar lampin, jangan le bior budak tu dengan lampin dari pagi sampai ptg. Tukar le..bila Nampak gelisah je tu check le kot dah penuh, bila tak selesa jadi penyebab gak kurang makan, gelisah je, dia tak happy.
Keempat: JANGAN TAKUT KOTOR. Biasala tu parents mesti tak suka tengok anak2 comot kan, lantai kotor je dengan sisa makanan, baju susah nak cuci dengan sisa makanan. Tapi kan, bagi maksu bagi aje makanan yang dia nak makan walo makanan tu boleh mencomotkan, contohnya biskut wafer yang salut coklat tu, aliya suka sangat, bagi je dia makan, pastu kita bersihkan semula lantai n baju. Daripada budak tu tak makan langsung sehari n jatuh sakit, bukanke lagi susah, apepun bagilah makanan yang berkhasiat, jangan la bagi chips2 yg segera dalam plastic tu sebab banyak perisa buat jadi sedap n makan banyak.  Aliya ni suka gak kentang goreng, jadi buat la sendiri kentang tu, beli ubi kentang, potong n goreng sendiri.
Kelima: RAJIN. Jaga anak yang susah makan ni perlukan seorang pengasuh yang rajin.  Itu yang penting. Kalau malas berlapar la budak tu, harapkan minum susu aje tak menjadi, fikiran kena kreatif nak bagi makan apa. Duk ulang alik pergi dapur cuba makanan baru tu pkara biasa. Tunggu suap makan berjam2 tu juga perkara biasa, tak nafikan org sekarang ramai bekerja, tapi bila habis kerja petang n malam bolehkan korbankan sikit waktu rehat untuk bsama anak, kenal cara makan dia n pujuk makan.
Setakat ni “5” je la dulu tips dari maksu, hasil dari belajar dengan mak n penyelidikan sendiri,hik2.. kadang2 maksu ni terbungkam gak jaga aliya kepenatan, last2 mak jugak yang setle sume tugas, pastu kan,, maksu dah tak larat nak sapu sampah dalam rumah sekarang, baru ada ank sedara sorang tapi macam dah nak patah pinggang, tapi pe pun ada penyelesaian..nak tau apa?..ermm, maksu guna vakum sedut sume sampah atas lantai, karpet n sofa sume, sedut je sume, habeh cerita..senang..hik2..maklumla mane boleh biar sampah lama2 kat lantai nanti dikutipnya budak tu masuk dalam mulut, maksu tak nak tanggung..haaa..pepun skrg aliya dah makin berisi sikit, tak macam dulu,, Alhamdulillah la..riso nengok klu makin kurus sampai nampak tulang rusuk n boleh dikira…hik2..
p/s: kalau tak boleh ikut tips ni jangan dipaksakan diri sekadar berkongsi aje..hik2..kalau ada apa2 tips maksu alu2kan utk dikongsi bersama. Kalau ada tips camne nak bagi budak cepat berjalan maksu nak gak ye.
Sekian dari maksu aliya.
“alang2 jadi baby sitter, biar dapat manfaat dan ilmu”.

Tuesday, July 5, 2011

HikMaH DoA

Salam sya’aban 1432H utk semua umat islam diseluruh dunia, tidak lama lg kita akn menyambut ramadhan bln penuh kerahmatan. Pejam celik,pejam celik habis sehari..semingu..bulan dan tahun,sekejap je rasa hidup ni,kalau ikutkan jumlah waktu kt dunia ni sekejap je bbanding akhirat, 1hari diakhirat = 1000 thun didunia..wah~ adakah amal ini sudah cukup menemuiNya..
Banyak lak bebelan..he..dah lama tak mbebel..almaklumla sejak blog sudah deactivatekan bbrpa lama dlu,lgsung dah tak berminat dgn bebelan pjg,just baca blog org lain je,kononnya nak focus belajar..haa..bolehkah dipercayai??ermm..
Sambung cerita..
Saya ada 1mgu lagi practical yg belum disempurnakan,memandangkan tarikh asal yang dah pilih dgn kwn2 tak dapat,terpaksa la ikut tarikh lain sensorang,tsilap pilih sbnarnya,tak arrange betul2..tersilap tapi penuh dengan hikmah dr Allah. Ye la kan,Allah lebih mengetahui segala sesuatu sedangkan kita hanya merancang,sedangkan Allah juga merancang untuk kita malah Dia juga sebaik2 pelaksana.
Dalam kepala duk fikir je, kali ni memang betulla kena drive sorang dari trgnu ke serdang, mne ada org yg leh teman time2 cuti ni,bukan tak pernah drive srg, memang dah byk kali drive sorang dr upm-trg-upm, tp yg sebelum ni ada kawan kat sebelah tumpang separuh jalan ato smpai trg,tak pun follow kereta cousin dari belakang, tertinggal jauh kat belakang pun tak pe, tetap rasa selamat sebab if ada pape blku tgh jalan boleh lagi datang tolong.
Perjalanan yg ambil masa 7-8 jam,tambah lagi sllu lalu ikut laluan jabor,kalau tak “legend” jangan potong lori balak,haaa..mak sllu risau,katanya anak perempuan drive srg jauh2,kalau ada pape tgh jalan sape nak tolong,.tapi sllu jawab slumber je kt mak “tak pe la,nti akan dtg nurul dah kerja,kalau ditakdirkan kerja jauh,memang kena sendiri gak,belum tentu anak mak ni akan kahwin,nak harap berteman je mane boleh..hehe” ..mak diam je,tp tak tahu la dalam hati dan kepala dia..huuu..
Tp kadang2 terfikir gak,klu kereta rosak tetiba kt tmpat tak de orang camne ye time2 cuti ni,garu2 kepala..tp ingat satu je,”Allah adalah sebaik2 teman”, lalu tersenyum lagi untuk teruskan perjuangan ini J
Oleh sebab terfikir kata2 mak yg sedikit menyentuh hati..Satu malam tu hati dengan sayunya menadah selepas solat dihadapan Allah “Ya Allah,andai perjalanan kali ini perlukan teman hadirkanlah,andai tidak Kau kuatkan aku,permudahkan perjalananku” lbh kurang camni la,hik2..
Malam tu tido lewat,aliya bangun nak susu,dah pukul 1lebih kalau tak silap..tetiba mak bsuara..”camne kalau mak n aliya yang temankan nurul nti blk upm,lepas tu nanti balik sma2 la” ..”maksudnya mak duk 1mgu kat serdang?” ….”ye la,,ke Tanya kawan tu ada rumah sewa yg mak boleh tumpang tak dekat sana?”..dalam hati “yahoooo,biar betik??bertambah2 betik dalam kepala menghempap,dushhh2..adakah angin monsoon telah datang,sllu bila ajak mak gi serdang,macam2 alasan,taknak la bjalan jauh,duk lama2 kat sana..mak ni dah tua,penat.., ni ah jawapan dia setiap kali cuti sem bila ajak ikut sekali, tapi kali ni..wah! ,,ermm..Allah bukakan hati mak untuk teman nurul ye..
Dalam hati,Betapa syukurnya hambaMu ini Ya Allah, Engkau hadirkan teman pjalanan utkku org yg plg aku sayangi ddunia ni..terharu..moga perjalanan kami dalam perlindunganNya. insyaAllah.
Utk ummi~ jgn jeles..dlu maksu pnah cakap nk bw aliya blk upm kan..hoooohoo..jadi betul deh..akan dibuli dan digentel2 ank ummi ni spt keropok gentel..hik2~
<<<“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.
<<<Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir: 60)
Sekian….”moga pjalanan hidup ni stiasa dalam plindungan dan dilimpahkan rahmatNya..insyaAllah”